Make your own free website on Tripod.com

DRAF PERLEMBAGAAN

BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR PERUBATAN MALAYSIA-MESIR (PERUBATAN)

 

Assalamualaikum w.b.t,                                                         17 FEBRUARI 2005

 

Kepada,

 

Semua ahli Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)

 

PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

 

2.                  Jawatankuasa PERUBATAN sesi 2004/2005 memandang bahawa Perlembagaan

Persatuan perlu digubal demi memastikan kelancaran gerak kerja persatuan di samping menjamin kebaikan dan kebajikan semua pihak.

 

3.                  Justeru,sukacitanya dimaklumkan bahawa kini proses penggubalan

perlembagaan  PERUBATAN sedang berjalan dan draf cadangan perlembagaan tersebut akan sama-sama dibincangkan pada sesi khas yang akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 25 Februari 2005 bertempat di Rumah Negeri Perak,Hayyu Sabie’,Madinat Nasr.

 

4.         Sehubungan dengan itu,saya mewakili Jawatankuasa PERUBATAN ingin memohon jasa baik semua ahli PERUBATAN untuk meneliti draf cadangan perlembagaan tersebut untuk memastikan kelancaran perbincangan yang akan diadakan.Untuk itu,semua ahli boleh berbuat demikian dengan melayari laman web Tibbians di

 

Akhirnya,kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli di atas komitmen yang telah dicurahkan.

 

Sekian,

 

TAKWA , SYIFA’ , RAHMAH

 

 

Yang menjalankan amanah,

 

(MOHD HAMDAN BIN SAPARWAN)

Setiausaha Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)

Sesi 2004/2005

 

 

DRAF CADANGAN

PERLEMBAGAAN

BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PERUBATAN MALAYSIA-MESIR

(PERUBATAN)

 

 

FASAL     PERKARA

                   I.            Nama dan Alamat

                II.            Jenis Persatuan

             III.            Penaung

              IV.            Logo

                 V.            Objektif

              VI.            Keahlian

           VII.            Yuran

        VIII.            Berhenti menjadi ahli

              IX.            Hak Ahli

                 X.            Kewajipan Ahli

              XI.            Mesyuarat Agung

           XII.            Mesyuarat Agung Khas

        XIII.            Jawatankuasa

        XIV.            Tugas Ahli-ahli Jawatankuasa

           XV.            Pembentukan Jawatankuasa Kecil dan Jawatankuasa Sementara

        XVI.            Kewangan

     XVII.            Kegiatan/Rancangan/Projek

  XVIII.            Larangan

        XIX.            Lucut Hak

           XX.            Pindaan Perlembagaan

        XXI.            Pembubaran

     XXII.            Perkara Am

 

 

 

 

Fasal I : Nama dan Alamat

 

  1. Persatuan ini dinamakan BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR PERUBATAN MALAYSIA-MESIR dan sebutan ringkas dan kemudiannya akan disebut sebagai PERUBATAN
  2. Alamat berdaftar pejabat, tempat urusan dan alamat surat menyurat Persatuan ialah Building 29,Sheikh Aly Youseff Street,Apartment #5,Mounira,Arab Republic of Egypt

 

Fasal II : Jenis Persatuan

 

  1. PERUBATAN adalah sebuah persatuan bersifat kebajikan dan non-partisan.

 

Fasal III : Penaung

 

  1. Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK)

 

Fasal IV : Logo

 

  1. PERUBATAN mempunyai satu logo :

 

 

  1. Makna logo PERUBATAN adalah seperti berikut :

 

Bil

Lambang

Melambangkan

1.

“Badan Kebajiakan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir”

Nama persatuan

2.

“Takwa,Syifa’,Rahmah”

Sebagai motto persatuan

3.

PERUBATAN

Singkatan bagi nama persatuan ini

4.

Lambang bulan dan bintang kuning dan berlatarkan warna biru

Malaysia sebagai tempat asal ahli persatuan.

5.

Lambing ECG

Menyelamatkan nyawa sebagai tugas murni para doctor

6.

Bendera Mesir

Mesir sebagai bumi menuntut ilmu

7.

Lambing Al Quran

Sebagai pegangan utama dan perlebagaan utama persatuan

8.

Bulan sabit merah

Menunjukkan persatuan ini disertai oleh pelajar-pelajar perubatan

 

 

Fasal V : Objektif

 

  1. Objektif PERUBATAN adalah seperti berikut :

a)      Untuk menjaga dan memperkasa kebajikan ahli secara umum

b)      Untuk menjadi saluran di mana para ahli dapat bertemu dan berbincang ke arah memantapkan perpaduan sesama ahli

c)      Untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan para ahli melalui aktiviti sosial, pendidikan,kerohanian dan lain-lain

d)      Untuk mengadakan hubungan dan jalinan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang serupa

 

Fasal VI : Keahlian

1.      Keahlian persatuan ini adalah terbuka kepada pelajar Malaysia di bidang perubatan di Republik Arab Mesir

2.      Ahli Biasa:

a)      Warganegara Malaysia

b)      Pelajar di bidang Perubatan di Mesir

c)      Membayar yuran pendaftaran dan yuran keahlian.

3.      Permohonan Menjadi Ahli:

a)      Pemohon hendaklah melengkapkan borang keahlian yang disediakan oleh Persatuan dan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung yang akan mengemukakan borang tersebut kepada pihak Jawatankuasa untuk pertimbangan.

b)      Pihak Jawatankuasa mempunyai kuasa mutlaksamada untuk menerima atau menolak permohonan.

Fasal VII : Yuran

1.      Bayaran Pendaftaran dan Yuran Tahunan adalah seperti berikut:

 

Keahlian

Bayaran Pendaftaran

Yuran Tahunan

 

(a) Biasa

L.E 5

L.E 10

 

(b) Bersekutu

L.E 10

L.E 20

 

2.      Yuran tahunan untuk Ahli Biasa hendaklah dibayar tidak lewat sebulan dari tarikh permohonan diterima

3.      Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan semula kadar yuran pendaftaran dan yuran tahunan.

4.      Yuran-yuran atau kutipan wang untuk sesuatu tujuan tertentu boleh dipungut daripada ahli-ahli atau mana-mana pihak dengan persetujuan Jawatankuasa

 

Fasal VIII : Berhenti menjadi ahli

 

1.      Keahlian seseorang itu gugur dengan sendirinya setelah ia menamatkan pengajian di Mesir

 

Fasal IX : Hak Ahli

 

1.      Semua ahli biasa mempunyai hak:-

a)      Untuk mencadang atau menyokong sebarang permohonan menjadi ahli, menamakan atau menyokong calon dalam pemilihan dan mengambilbahagian dalam pemilihan;

b)      Untuk bercakap dan mengundi semasa Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Agung Luar Biasa.

c)      Untuk mendapat faedah-faedah lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Persatuan

2.      Semua ahli Persatuan berkewajipan untuk setia berpegang kepada peruntukan-peruntukan Persatuan dan hendaklah menjaga nama baik persatuan khasnya dan agama dan negara amnya serta mengelak dari berkelakuan dalam apa cara sekalipun yang bertentangan dengan matlamat persatuan

 

Fasal X : Kewajipan Ahli

 

1.      Adalah menjadi kewajipan seteiap ahli memastikan yurannya telah dijelaskan dengan tetap.Membayar yuran dengan menepati masanya adalah menjadi tanggungjawab ahli dan bukanlah tanggungjawab Jawatankuasa.

2.      Seseorang ahli yang menghadiri mesyuarat persatuan hendaklah berkelakuan baik.

3.      Seseorang ahli tidak boleh menerbitkan sebarang surat keterangan atau surat pekeliling atau mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai persatuan kepada orang-orang yang bukan ahli atau lain pertubuhan atau surat-surat khabar tanpa izin Jawatankuasa melainkan jika surat keterangan atau surat pekeliling atau kenyataan itu diluluskan oleh Jawatankuasa

4.      Adalah menjadi kewajipan ahli menggunakan cara rundingan dalam keadaan yang bertanggungjawab.

5.      Menghormati dan patuh kepada Perlembagaan Persatuan dan  keputusan Mesyuarat Agong.

 

Fasal XI : Mesyuarat Agung

 

1.      Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan mestilah diadakan tidak lewat dari 31 Oktober setiap tahun di tarikh, masa dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa.

2.      Perkara-perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan itu hendaklah termasuk perkara-perkara berikut;

a)      Menerima laporan Setiausaha Agung, Bendahari Kehormat (termasuk Penyata Kewangan) dan lain-lain laporan Jawatankuasa

b)      Menimbang dan memutuskan semua perkara yang berkaitan dengan ahli dan kemajuan Persatuan.

c)      Menimbang dan memutuskan semua perkara yang termasuk dalam agenda..

4.      Jika Pengerusi tidak hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan,Timbalan Pengerusi 1 boleh mempengerusikan mesyuarat atau jika beliau tidak hadir, tempat tersebut boleh diambilalih oleh mana-mana ahli jawatankuasa yang dipilih oleh ahli lain yang hadir.

5.      Jika terdapat sebarang pengundian dan sekiranya terdapat jumlah undian yang sama, Pengerusi Mesyuarat boleh memberi undi pemutus.

6.      Di sebarang mesyuarat agung, sebarang usul adalah dianggap lulus untuk diterima jika ahli yang hadir dan layak mengundi memberikan undi dengan majoriti mudah untuk usul tersebut.

7.      Kuorum Mesyuarat Agung Tahunan mestilah 1/3 daripada jumlah keseluruhan ahli Persatuan atau 20 orang ahli yang layak mengundi.

8.      Semua minit Mesyuarat Agung hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Agung dalam masa 30 hari daripada tarikh diadakan mesyuarat tersebut.

 

Fasal XII : Mesyuarat Agung Khas

 

1.      Mesyuarat Agung Khas bagi PEUBATAN ini boleh diadakan:

a)      Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa  tanpa bantahan dua pertiga (2/3) daripada ahli PERUBATAN. ATAU

b)      Atas permintaan tidak kurang daripada dua pertiga ahli-ahli PERUBATAN secara bertulis dengan menjelaskan tujuan mereka untuk mengadakannya

2.      Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh sebulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

 

Fasal XIII : Jawatankuasa

 

1.      Pemilihan Jawatankuasa persatuan hendaklah dijalankan pada Mesyuarat Agung Tahunan.

2.      Pengurusan PERUBATAN  adalah dipertanggungjawabkan kepada satu Jawatankuasa seperti berikut yang dipilih dalam Mesyuarat Agung:

a)      Pengerusi

b)      Timbalan Pengerusi I (lelaki)

c)      Timbalan Pengerusi II (wanita)

d)      Setiausaha Agung

e)      Timbalan Setiausaha

f)        Bendahari Kehormat

g)      Timbalan Bandahari

h)       Ahli-ahli Jawatan yang mengetuai Biro-biro  persatuan..

i)        Pengerusi Pemilihan Jawatankuasa Persatuan

3.      Nama-nama untuk jawatan tersebut di atas hendaklah dicadang, disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pemegang jawatan berhak dicalonkan semula pada pemilihan jawatankuasa sesi berikutnya.

4.      Tugas-tugas Jawatankuasa Eksekutif PERUBATAN ialah :

a)      Menyelia kebajikan ahli,

b)      Mengatur program persatuan

c)      Membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan PERUBATAN dengan tidak bertentangan dengan undang-undang dan dasar-dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidak boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung.

4.      Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 (empat) kali setahun.

5.      Sepanjang ketiadaan atau ketidakhadiran Pengerusi atau Timbalan Pengerusi I, mana-mana ahli Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan mesyuarat.

6.      Sekiranya timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa  tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Agung boleh mengeluarkan kelulusan Jawatankuasa melalui surat pekeliling atau lain-lain cara yang bersesuaian.

7.      Ahli Jawatankuasa  yang tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa sebanyak tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa

8.      Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, Jawatankuasa berkuasa melantik lain ahli PERUBATAN untuk memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung diadakan. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipenuhi oleh Timbalan Pengerusi I dan Setiausaha Agung. Kekosongan jawatan-jawatan lain adalah mengikut budi bicara Jawatankuasa menentukannya.

9.      Jawatankuasa boleh mengarah Setiausaha Agung atau lain-lain pemegang jawatan untuk menjalankan hal-ehwal PERUBATAN.

10.  Keputusan Jawatankuasa adalah muktamad dan mesti dipatuhi oleh kesemua ahli PERUBATAN kecuali sehingga dipinda oleh keputusan Mesyuarat Agung.

11.  Jawatankuasa hendaklah melantik 3 orang Penasihat PERUBATAN dalam tempoh sebulan selepas tarikh Mesyuarat Agung.

 

Fasal XIV : Tugas Ahli-ahli Jawatankuasa

 

1.      Pengerusi :

a)      Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja;

b)      Mempunyai kuasa undi penentu (casting vote);

c)      Menandatangani Minit Mesyuarat yang diluluskan;

d)      Menguruskan pentadbiran am,organisasi dan hal ehwal persatuan.

2.      Timbalan Pengerusi I :

a)      Menggantikan Pengerusi sekiranya jawatan itu dikosongkan dan atau Pengerusi tidak dapat menjalankan tugas atas sebab-sebab tertentu.

b)      Bertanggungjawab mengenai kebajikan ahli-ahli persatuan.

3.      Timbalan Pengerusi II :

a)      Bertanggungjawab mengenai kebajikan ahli wanita persatuan;

b)      Memepengerusikan mesyuarat di kalangan ahli jawatankuasa wanita

c)      Mengetuai perwakilan persatuan dalam sidang-sidang mengenai wanita.

4.      Setiausaha Agung :

a)      Bertanggungjawab untuk menunaikan tugas-tugas umum Persatuan sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi 1.

b)      Bertanggungjawab menyimpan rekod dan minit semua mesyuarat Persatuan dan mesyuarat Jawatankuasa.

c)      Menjaga dan mengemaskini pendaftaran keahlian Persatuan.

d)      Merekod segala maklumat ahli persatuan

e)      Mengurus semua surat menyurat bagi pihak PERUBATAN

f)        Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kecil Mesyuarat Agung;

g)      Menjadi ex-officio dalam semua Jawatankuasa Persatuan.

h)      Bertanggungjawab untuk memanggil Mesyuarat Agung dan mesyuarat Jawatankuasa Persatuan apabila diarahkan oleh Pengerusi ataupun sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan ini.

i)        Menyedia dan membentangkan Penyata Tahunan Persatuan bagi pihak Jawatankuasa.

j)        Menjalankan urusan perhubungan Persatuan.

5.      Timbalan Setiausaha :

a)Menggantikan Setiausaha Agung ketika ketiadaannya.

b)      Menjalankan arahan-arahan Setiausaha Agung

c)Menyimpan rekod dan dokumen persatuan.

 

6.      Bendahari Kehormat :

a)Mengutip yuran keahlian dan yuran pendaftaran.

b)      Menyimpan buku kira-kira dan mengemukakan penyata kira-kira tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa.

c)Menyediakan penyata kira-kira tahunan di akhir tahun kewangan untuk dikemukakan di Mesyuarat Agung.

d)      Menjalankan semua arahan Jawatankuasa.

e)Menyimpan rekod ahli yang mempunyai yuran tertunggak atau wang yang lain, yang bersangkutan dengan Persatuan.

f)    Berikhtiar untuk menambahkan pendapatan akaun Persatuan.

7.      Timbalan Bendahari :

a)Membantu Bendahari dalam mengurus segala urusan kewangan persatuan sebagimana termaktub di dalam perlembagaan.

8.      Ahli Jawatankuasa Biro Akademik.

a)Menyimpan rekod dan membuat analisa terhadap prestasi akadmik di kalangan ahli

b)      Menyelia sebarang urusan pengajian ahli dengan mana-mana pihak terlibat sekiranya diperlukan

c)Menerbitkan risalah rasmi PERUBATAN

d)      Mengadakan sebarang program demi memantapkan pencapaian akademik di kalangan ahli

e)Mengadakan program-program berbentuk ilmiah.

9.      Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan

a)Mengumpul dana kebajikan persatuan

b)      Bersama Bendahari menyampaikan bantuan kewangan kepada ahli yang berhak menerima.

c)Menyelia urusan penempatan pelajar-pelajar baru.

d)      Mengadakan program berbentuk kerohanian di kalangan ahli

e)Menerima sebarang bentuk aduan dan teguran dari ahli

10.  Ahli Jawatankuasa Biro Tugas-tugas Khas.

a)Membantu biro-biro lain dalam menjalankan urusan persatuan

b)      Bertanggungjawab terhadap sebarang tugasan lain yang tidak termaktub di dalam perlembagaan.

15.  Penasihat :

a)Menjadi tempat rujukan jika terdapat sebarang pertikaian mengenai perlembagaan yang tidak dapat diselesaikan secara dalaman.

b)      Memberi nasihat dan panduan kepada jawatankuasa dalam menjalankan urusan persatuan

 

Fasal XV : Pembentukan Jawatankuasa Kecil dan Jawatankuasa Sementara

 

1.      Jawatankuasa berkuasa untuk menubuhkan Jawatankuasa Kecil/Sementara apabila difikirkan perlu. Jawatankuasa persatuan mestilah menentukan tugas-tugas Jawatankuasa Kecil/Sementara ini dan melantik Pengerusi bagi Jawatankuasa tersebut.

2.      Pengerusi Jawatnkuasa Kecil/Sementara berkuasa memilih ahli-ahli dari PERUBATAN untuk memegang jawatan dalam..Jawatankuasa  juga berkuasa membubarkan Jawatankuasa Kecil/Sementara ini.

3.      Jawatankuasa Kecil/Sementara ini mesti menghantar minit kepada Jawatankuasa  selepas tiap-tiap mesyuarat.

 

Fasal XVI : Kewangan

 

1.      Bendahari dibolehkan menyimpan wang yang akan ditetapkan jumlahnya oleh Jawatankuasa dari masa ke semasa.

2.      Dana Persatuan hendaklah diperolehi daripada yuran keahlian,sumbangan dan derma.

3.      Sumbangan dan derma kepada Persatuan hendaklah diterima daripada mana-mana pihak  atas kelulusan Jawatankuasa, setelah menentukan bahawa penerimaan tersebut tidak sekalipun akan memjejaskan kebebasan Persatuan, memudaratkan pendiriannya atau mempengaruhi dasar, rancangan atau aktivitinya

4.      Kenyataan kewangan tahunan hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diedarkan kepada  ahli-ahli Persatuan, dan diterbitkan sepertimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa.

5.      Perbelanjaan yang lebih daripada L.E 500 bagi sesuatu masa mestilah mendapat kelulusan dari Jawatankuasa.

6.      Dana Persatuan boleh dibelanjakan untuk perkara berikut:

a)      Bayaran kos dan perbelanjaan pentadbiran persatuan;

b)      Bayaran yuran gabungan dengan lain-lain persatuan;

c)      Mencetak dan mengedar surat berita, pekeliling dan dokumen untuk kebajikan dan kepentingan ahli selaras dengan tugas dan matlamat persatuan;

d)      Menjalankan aktiviti sukan, akademik, dan sosio budaya untuk ahli;

7.      Tahun Kewangan Persatuan ialah dari 31hb Oktober  hingga 30hb Oktober tahun berikutnya.

 

Fasal XVII : Kegiatan/Rancangan/Projek

 

1.      Semua Ahli adalah digalakkan menyertai dalam sebarang aktiviti berpatutan yang telah dibenarkan oleh persetujuan Ahli Jawatankuasa PERUBATAN

2.      Kegiatan/Rancangan/Projek hendaklah mencapai objektif PERUBATAN seperti yang tersebut dalam Perlembagan Persatuan.

3.      Ahli Persatuan yang bercadang untuk membuat sebarang kegiatan/rancangan/projek hendaklah menyampaikan surat bertulis bersama-sama dengan kertas kerja kepada Setiausaha Agung PERUBATAN selewat-lewatnya 4 (empat) minggu sebelum aktiviti diadakan.Permohonan atau cadangan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas atau Mesyuarat Jawatankuasa untuk mendapatkan persetujuan.

4.      Sebarang kegiatan atau Rancangan atau Projek mestilah mendapat kelulusan dan kebenaran daripada persetujuan Jawatankuasa PERUBATAN.

 

Fasal XVIII : Larangan

 

1.      Ahli adalah dilarang dari melakukan sebarang perbuatan yang melanggar syariat Islam.

2.      Persatuan ini tidak menggalakkan ahli di kalangan wanita untuk mengadakan sebarang aktiviti rehlah ke tempat yang jauh.

3.      Ahli PERUBATAN dilarang menggunakan logo dan segala apa yang ada kaitan dengan PERUBATAN untuk kepentingan peribadi.

4.      PERUBATAN tidak boleh mengadakan pergabungan dengan mana-mana persatuan ala- politik di dalam dan di luar Mesir

 

Fasal XIX : Lucut Hak

 

1.      Pelucutan keahlian akan dibuat sekiranya:

a)      Ahli PERUBATAN yang disabit kesalahan dadah.

b)      Ahli PERUBATAN yang disabit kesalahan jenayah.

c)      Ahli PERUBATAN yang merosakkan atau memudaratkan kesentosaan atau nama baik PERUBATAN atau perlembagaan Persatuan.

 

Fasal XX : Pindaan Perlembagaan

 

1.      Perlembagaan PERUBATAN tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan tidak kurang daripada 2/3 (dua per tiga) dari jumlah Ahli Biasa dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas yang dipanggil khas mengenainya.

2.      Rangka ayat perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada Perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa melalui Setiausaha Agung 7 (tujuh) hari sebelum Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas yang dipanggil khas mengenainya.

3.      Pengerusi PERUBATAN akan membentangkan perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan Perlembagaan kepada mesyuarat tersebut di atas untuk mendapat persetujuan mesyuarat.

4.      Perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada Perlembagaan PERUBATAN hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai dari tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan.

 

Fasal XXI : Pembubaran

 

1.      Persatuan ini hanya boleh dibubarkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya 2/3 daripada jumlah ahli-ahli yang layak mengundi.

2.      Notis pemberitahuan mengenai sebarang cadangan untuk membubarkan Persatuan boleh diberikan kepada semua ahli tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.

3.      Jika berlaku pembubaran Persatuan, sebarang harta benda Persatuan akan digunakan untuk menjelaskan hutang-hutang dan tanggungan Persatuan. Baki daripada pembayaran atau penjelasan tersebut bolehlah dihapuskan atau diagihkan mengikut cara yang difikirkan wajar yang akan diputuskan di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa.

 

Fasal XXII : Perkara Am

 

1.      Semua kenyataan awam dan akhbar di atas nama Persatuan hendaklah dibuat oleh Pengerusi atau Setiausaha atau ahli lain yang diarahkan atau diiktiraf oleh Jawatankuasa.

2.      Jika berlaku sebarang pertikaian berkenaan dengan sebarang peruntukan atau fasal dalam perlembagaan ini dan tidak boleh diselesaikan secara dalaman, maka Penasihat hendaklah dirujuk bagi membuat keputusan.

3.      Persatuan tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti politik atau perkara yang melanggar undang-undang Mesir dan tidak boleh membenarkan kewangan atau premisnya digunakan untuk tujuan berkenaan.